⇨
Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya
sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:
♥ Sakit kepala kerana tekanan
♥ Sakit kepala kerana sinus
♥ Sakit kepala kerana migrain
⇨
Sakit kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi
oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang
tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada
otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan
sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan
secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan
panas, dan sebagainya.
⇨ Sakit kepala sinus ialah
disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala
sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.
⇨Manakala jenis sakit kepala
yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi
yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa
penyebab migrain:
♥ Kekurangan
zat dan nutrisi
♥ Faktor
keturunan
♥ Kesan
dari pengambilan ubat-ubatan
♥ Wanita
yang mengalami haid atau pra-haid
♥ Terlalu
banyak mengambil kafein
♥ Mengamalkan
makanan yang mengandungi MSG dan nitrat
⇨ Biasanya
penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan
sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk,
mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan
mereka dari kesakitan yang ditanggung.
⇨ Pengambilan
ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada
kesihatan.
⇨ Oleh
yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah
langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.
⇨ Kenapa
supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan,
dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian.
Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan
sebagainya.
Supplement/vitamin
untuk migrain:
♥ Ostematrix
(Kalsium, Magnesium & Vitamin D)
Kalsium
bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma
jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan
keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga
sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah
pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
Magnesium
pula penting untuk metabolisma kalsium.
Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu
punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas
Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan
mengurangkan frekuensinya.
Vitamin
D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak
boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau
pundi kencing.
♥ B Complex
Vitamin
B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu
mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex
Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi
juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.
⇨ Bagi
penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh
menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka
anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan
sebagainya. Dan timbagkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu
untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat
berasaskan dadah secara berterusan.



No comments:
Post a Comment