Tuesday, December 31, 2013

NUTRIFERON

Tingkatkan Sistem Imun Anda dengan NUTRIFERON SHAKLEE.

♥ Sistem imun adalah seperti tentera badan kita, yang melawan jangkitan dan penyakit-penyakit yang mengancam kesihatan dan kecergasan badan. Tanpa pertahanan ini, virus, bakteria, parasit, toksin, dan lain-lain patogen berbahaya akan menyerang badan kita, menjadikan badan kita lemah dan sakit. Tingkatkan Sistem Imun Anda dengan NUTRIFERON SHAKLEE.
♥ Sistem imun adalah sangat kompleks dan canggih. Ia mengesan pelbagai jenis patogen berbahaya dan membezakannya daripada sel-sel dan tisu-tisu yang sihat.
♥ Badan kita ni dicipta dengan begitu canggih sekali. Bermula dari pertahanan pertama – KULIT.  Tanpa lapisan perlindungan kulit, badan kita bukan saja akan hancur, tetapi terdedah kepada toksin dan lain-lain. Kulit bertindak sebagai penghalang fizikal dan juga menyediakan halangan kimia kerana kulit menghasilkan sebum anti bakteria. Penghasilan sebum ini akan segera membunuh spora dan bakteria yang hinggap pada kulit.
Hidung, mulut, dan mata adalah ‘jalan masuk utama’ kuman dalam badan kita, jadi ia  juga menyediakan sistem pertahanan.

Antara sistem pertahanan semulajadi badan:
  • Hidung – mukus hidung mengandungi enzim yang dikenali sebagai lysozyme yang memecahkan dinding sel bakteria.
  • Mulut – air liur mengandungi bahan anti bakteria.
♥ Secara ringkasnya, badan kita dijaga oleh SISTEM IMUNITI – menahan serangan kuman, bakteria, mikrob, parasit, patogen dan toksin!
♥ Sistem imun terdiri daripada thymus, limpa, sistem limfa, sumsum tulang, sel-sel darah putih, antibodi, dan hormon. Setiap komponen berfungsi dengan cara yang tersendiri untuk melawan penyakit dan jangkitan supaya kita sentiasa sihat.
♥ Sistem imun kita bekerja setiap hari, 24 jam tanpa henti… dan adakalanya ia breakdown.. apakah yang boleh menyebabkan sistem imun kita tergaggu? Biasa kan orang kata “Musim hujan panas sekarang ni ramai orang demam..” Ya, perubahan cuaca dan iklim boleh memberi kesan kepada sistem imun. Begitu juga dengan faktor psikologi seperti stress.. apa lagi kalau makan benda2 merapu.
♥ Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem imun dan kesannya pada badan, penyelidik Shaklee menjalankan kajian di Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi, Weil Medical College, di Cornell University of Pediatrics.
♥ Kajian ini mempunyai dua matlamat. Yang pertama adalah untuk membangun dan mengesahkan cara baru untuk meneroka biologi virus dan fungsi imun dalam paru-paru manusia. Matlamat kedua adalah untuk menilai kesan campuran botani yang unik terhadap sistem imun.
♥ Hasilnya mendapati campuran botani terpilih meningkatkan interferon dalam tubuh untuk melawan penyakit tatkala tubuh kita sedang lemah. Maka lahirlah Nutriferon.

Siapakah yang perlu ambil Nutriferon?

1. Mereka yang sering sakit, selsema, demam.
2. Ibu yang menyusukan anaknya yg mana anaknya demam atau sakit yg berpanjangan.
3. Mereka yang mempunyai masalah imunisasi.
4. Mereka yang sering travel dan kerap ke luar negara.
5. Mereka yang sering stress.
6. Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit.
7. Mereka yang tak suka makan banyak vitamin antioksidan, ACE boleh gantikan dengan Nutriferon sepeket sehari.
8. Mereka yang ada mempunyai allergi dan eczema.

Bagaimana Nutriferon bertindak?

NutriFeron MENINGKATKAN INTERFERON semulajadi badan dan sekaligus MENGUATKAN TINDAK BALAS IMUN badan. Anda kini dah tak perlu ubat2 yang banyak lagi!
Pemakanan tambahan NutriFeron ™ yang direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani ini, apabila digabungkan bersama, untuk membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan *:
  • Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata), yang telah didapati dapat mendorong pengeluaran interferon;
  • Biji Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk merangsang sistem imun;
  • Bunga Safflower (Carthamus tinctorius) polisakarida, yang telah dikenalpasti  dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih;
  • Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) yang digunakan dalam perubatan Asia.








Thursday, December 26, 2013

VIVIX SUPERB

Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. 

Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Vivix atau lebih popular dipanggil sirap Shaklee kerana cecair vivix ni berwarna merah. Vivix Shaklee merupakan supplement anti penuaan terbaik di dunia. Ia berjaya dihasilkan selepas kajian bertahun-tahun oleh Shaklee dan merupakan supplement pertama di dunia yang mampu menembusi DNA manusia. 

Apakah kehebatan Vivix Shaklee?
♥ Vivix mengawal genetik dan seterusnya membantu melambatkan penuaan sel.♥ Vivix melindungi dan memperbaiki sel DNA manusia ~ setiap hari sel tubuh diserang hampir sejuta serangan yang merosakkan pangkalan data genetik dan mengganggu fungsi sel dan usia kita. Dengan vivix, DNA akan dapat dilindungi dan diperbaiki selnya.♥ Vivix melambatkan pembentukkan AGE ~ penimbunan AGE (advanced glycation end products) akan menyebabkan kerosakkan sel. Ramuan Vivix yang 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) mampu melambatkan pembentukan AGE.♥ Vivix membantu meningkatkan tenaga dalam sel ~ tenaga dalam telah ditingkatkan dengan pembentukan mitokandria baru. (mitokandria merupakan penjana tenaga dalam tubuh)

10 KEBAIKAN VIVIX!!!!
1) Menggalak penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
2) Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
3) Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
4) Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
5) Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
6) Mengurangkan insiden bg penyakit nyanyuk
7) Membantu dlm proses penurunan berat badan
8) Menyokong kesihatan mata
9) Meningkatkan kesihatan imum badan
10) Menggalakan kesihatan keseluruhan


Vivix telah terbukti menyelesaikan masalah penyakit2 serius, antaranya :
• Diabetes
• Kolestrol tinggi
• Penyakit Kardiovaskular (Jantung)
• Tekanan Darah Tinggi
• Alzheimer atau nyanyuk
• Arthritis, Osteoporosis, Masalah sendi dan tulang
• Gout
• Letih
• Metabolisme badan RENDAH (antara sebab sukar turun berat badan)
• Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut)
• Kanser dan tumor
• Katarak dan masalah mata
• Masalah saraf
• Lemah imun tahan daya badan - lambat sembuh





SID 1083252
0173975182

SET BREASTFEEDING

Vitalea
♥ Penting untuk pertumbuhan sel dan pembiakan
  Meningkatkan kecerdasan mental dan ketahanan daripada penyakit
  Membantu fungsi normal penghadaman dan selera makan

B-Complex
Menggalakkan kesihatan jantung, metabolisma tenaga dan replikasi DNA yang sihat.
Menukarkan makanan menjadi tenaga
Mengurangkan simptom kemurungan dan tekanan
Meningkatkan fungsi otak

Vitamin C (Sustained Released Vita-C Plus)
Anti-oksidan semulajadi
Mengekalkan integriti sel
Menggalakkan gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah supaya sihat
Menolong mengurangkan simptom alergi

Alfalfa Complex
Kaya dengan nutrisi dan mineral surih
Mengandungi enzim penting untuk penghadaman makanan
Melegakan rasa kebas dan sakit sendi
Mengurangkan toksin dan merendahkan kolestrol

Ostematrix
Mengekalkan tekanan darah normal
Menolong pengecutan otot dan saraf
Mengurangkan simptom PMS (kembung, kejang, bengkak air, baran dan kemurungan)

ESP
Mengoptimakan penyerapan suplemen lain
Membekalkan tenaga
Menyuburkan kesihatan kulit, rambut, kuku dan otot
Penting untuk kanak-kanak, ibu menyusu dan mereka yang sedang pulih dari sakit

SID 1083252
0173975182

Monday, December 23, 2013

KELEBIHAN VITAMIN C SHAKLEE

Keistimewaan Sustained Release Vitamin C Shaklee

'Sains pembebasan berterusan secara semulajadi' vitamin C telah direka oleh Shaklee. Setiap tablet vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan Vitamin C dalam 2 tablet Vitamin Shaklee (dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

MANFAAT UTAMA VITA - C Shaklee

♥ Membentuk Kolagen
Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.

♥ Memperbaiki Simptom Pendarahan
 Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih
 dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

♥ Peningkatan Sistem Imun
Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun,rangkan simptom selsema. pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga simptom selsema.

♥ Memerangi kanser
Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.

♥ Mencantikkan Kulit
Pengambilan Vitamin C hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

♥ Memperbaiki Insomnia
Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.

♥ Mengekalkan kolestrol sihat
Ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.



SID 1083252
0173975182


ATASI MASALAH KEPUTIHAN DENGAN SHAKLEE

♥ Keputihan atau lelehan lendir ada dalam dua cara iaitu keputihan fisiologi dan patologi.Keputihan fisiologi atau yang normal bersifat keputihan atau jernih, namun ada kala ia kekuningan kerana jangkitan kuman. Perlu diingat, keputihan berlaku pada tempoh seminggu sebelum haid dan berlaku setiap bulan. Namun oleh kerana ada masanya ia terlalu banyak, wanita berasa kurang selesa dan gatal di sekitar alat sulit kerana kelembapan. Apabila ujian dibuat ke atas lendir itu, tiada sebarang bakteria yang ditemui.

♥ Keputihan patologi pula disebabkan bakteria, kulat atau organisma lain. Ia amat mengganggu seperti masalah gatal yang serius, berbau, lelehan berwarna kekuningan selain sakit di bahagian bawah perut. Ujian ke atas keputihan itu lazimnya menunjukkan kehadiran mikro organisme atau kuman.

♥ Simptom umum yang biasa dapat dikesan adalah :-
->Rasa gatal teramat sangat pada bahagian luar faraj
->Kemerahan dan terkadang bengkak pada bahagian labia majora (bibir luar kemaluan)
->Pengeluaran cairan daripada faraj yang berwarna putih
->Berkeladak serta berketul-ketul menyerupai susu basi
->Penghidap mungkin juga mengalami rasa sakit semasa hubungan seks
->Sakit masa buang air kecil

♥ Ada di kalangan wanita yang mengalami masalah keputihan yang serius. Namun, berasa malu untuk berjupa doktor. Lagi-lagi kalau doktor lelaki. Betul tak?

♥ Ada antara kita yang memakai pantyliner untuk mengatasi masalah keputihan. Tapi bagi saya, pemakaian pantyliner bukanlah penyelesai masalah. Ia cuma 'menutup' masalah buat sementara.

♥ SHAKLEE ada menawarkan set untuk atasi masalah keputihan dan kegatalan ini. Set ini terdiri daripada :-

ALFALFA COMPLEX
GLA COMPLEX




SID 1083252
0173975182


MIGRAIN

Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:

♥ Sakit kepala kerana tekanan
♥ Sakit kepala kerana sinus
♥ Sakit kepala kerana migrain

Sakit kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.

Sakit kepala sinus ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.

Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:

♥ Kekurangan zat dan nutrisi
♥ Faktor keturunan
♥ Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
♥ Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
♥ Terlalu banyak mengambil kafein
♥ Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat

⇨ Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung.

⇨ Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.

⇨ Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.

⇨ Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.

Supplement/vitamin untuk migrain:

♥ Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium.  Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

♥ B Complex
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

⇨ Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan timbagkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.









Friday, December 20, 2013

MEALSHAKE TERBAIK UNTUK ANAK2

Runsing anak selalu demam? 

Anak sering deman dan sukar makan antara masalah biasa bagi anak yang sedang membesar. Bagi ibu yang bekerja, anak deman setiap bulan bukan sesuatu yang pelik. Mana taknya, hari ini anak sihat, bila hantar ke rumah pengasuh atau taska, esok lusa kembali deman semula berjangkit dari kengkawan yang deman di taska.

Penyelesaiannya, berilah anak anda Mealshake...

Mealshake ini merupakan supplement yang terbaik untuk anak. Ini kerana ia mengandungi protein dan multivitamin yang diperlukan oleh badan anak untuk membesar dengan kuat dan sihat.

Antara Khasiat Mealshake ialah:

♥ Meningkatkan sistem imun anak, jadi anak jarang deman dan lebih sihat serta sukar dijangkiti penyakit

♥ Meningkatkan selera makan anak

♥ Membantu mengurangkan masalah eczema

♥ Membantu mengurangkan parut pada kulit anak

♥ Membantu mengurangkan sembelit anak

♥ Membantu mencantikan struktur kulit yang bermasalah


SID 1083252
0173975182

Thursday, December 19, 2013

SIJIL HALAL

Assalamualaikum...nie SIJIL HALAL produk Shaklee...InsyaAllah ianya selamat...


Tuesday, December 17, 2013

SET GASTRIK

Anda sering alami masalah gastrik???? jom atasinya dengan set gastrik dari shaklee..

Gejala Gastrik
♥ Sakit pada bahagian atas abdomen. Ia boleh reda atau semakin sakit apabila makan.
♥ Perut menjadi sensitif terhadap makanan berasid (masam), pedas dan minuman beralkohol.
♥ Mual
♥ Muntah.
♥ Hilang selera dan terasa sebu.
♥ Perut bahagian atas terasa ‘penuh’ dan senak selepas makan sedikit.
♥ Hilang berat badan.
♥ Pedih ulu hati.

Vitamin yang dicadangkan :-

Ostematrix
♥ Vitamin yang mengandungi kalsium dengan magnesium dan vitamin D
♥ Membantu meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati.
♥ Kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Sesiapa yang memang gemar minum susu adalah jarang untuk mendapat gastrik.

B Complex
♥ Bertindak sebagai penenang kepada pesakit gastrik selain membantu mengatasi sakit gastrik anda.
♥ Melengkapkan keperluan harian tubuh anda yang sangat diperlukan oleh tubuh dan sistem saraf kita.
♥ Berlainan sifat dengan pain killer yang hanya bersifat menghilangkan kesakitan yang sementara. Jadi tak perlulah makan pain killer lagi.

Energizing Soy Protein (ESP)
♥ Sumber protein unggul daripada kacang soya dalam ESP merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut.
♥ Nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pecernaan makanan.

SID 1083252
0173975182

Monday, December 16, 2013

KHASIAT ZINC COMPLEX

♥ Zinc merupakan nutrisi yang juga diperlukan dalam meningkatkan kesihatan kita. Zinc mempunyai banyak khasiat yang membantu kita dalam masalah kesihatan. Khasiat zinc diperlukan untuk memastikan tubuh kita membesar dan dikawal dengan baik. Zinc terdapat dalam sel-sel di seluruh badan kita. Ia membantu sistem imunisasi badan kita untuk melawan serta menyerang bakteria. Zinc juga membantu menghasilkan protein dan DNA dalam badan. Makanan seperti daging, makanan laut, produk tenusu, kekacang, bijirin mempunyai kandungan zinc yang tinggi.

♥ Zinc Complex dari Shaklee juga mempunyai banyak khasiat / manfaat kepada tubuh kita. Ia dirumus khas daripada zinc glukonat semulajadi. Ianya digabungkan dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh kita. 

SID 1083252
017-3975182



VITA-E COMPLEX

⇨ Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan. Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.

⇨ Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan  perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

SUMBER
Vitamin E boleh didapati daripada sumber makanan berikut: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Vitamin E juga boleh didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung,  telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum.

KEKURANGAN
♥ Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan :
♥ Mudah radang dan odema ( pengumpulan air dalam tisu), pada bayi.
♥ Penuaan kulit sebelum masa.
♥ Rambut gugur
♥ Anemia

Antara Kebaikan  Grape Seed Extract Yang Terdapat Dalam Vitamin E Shaklee

1) Mengandungi anti oksidan: membaiki peredaran darah dalam badan, menjadikan wajah berseri dan tak kusam, secara tak langsung, kulit bersih dari jerawat dan jeragat


2) Melambatkan proses penuaan. Jadi sesiapa yang amalkannya akan awet muda la lepas makan Vitamin E ni secara berterusan. Kulit pun jadi flawless, berseri-seri, and shining


3) Mencegah pertumbuhan abnormal sel seperti kanser and cysts : bertindak dengan cara melancarkan saraf.


4) Banyak benefit untuk wanita lepas bersalin yang menyusukan bayi : mengurangkan bengkak susu jika diambil secara berterusan, puting yang luka akibat menyusu jugak akan recover dengan cepat. Dapat jugak mengurangkan stretch mark di perut.


5) Mengurangkan kesakitan bila PMS datang. Jadi baguslah untuk siapa2 yang mengalami PMS yang teruk.


6) Mengurangkan parut luka di kulit 


7) Bagus untuk jantung sebab Vitamin E ni mengembangkan pembuluh darah dan menghalang pembentukan darah beku dari berlaku.


8) Boleh meningkatkan pengeluaran air mani bagi lelaki


9) Dikenali jugak sebagai Vitamin Cinta sebab membantu masalah kedinginan antara suami isteri. 


10) Membantu masalah pigmentation kulit. dapat mencerahkan kawasan areolar yang bertambah hitam jugak (bagi wanita lepas bersalin)


11) Membantu dalam mendapatkan rambut yang cantik, sihat dan lebat. 



SET KESUBURAN SUAMI ISTERI

Assalamualaikum w.b.t...today tun nak citer berkenaan set kesuburan..ianya sesuai bagi pasangan yang telah berkahwin tapi masih belum punya rezeki untuk menimang cahaya mata..tun nak suggestkan uolls try set kesuburan nie..InsyaAllah ia akan membantu anda..tak salah kita mencuba kan..yang penting usaha dan tawakal..jom kita view kelebihan produk2 untuk set kesuburan nie..zaassss...

Untuk Isteri :-

Alfalfa
Ini paling penting untuk isteri/wanita. Bertindak seperti kacip fatimah. Juga merawat masalah-masalah 'Miss V' (organ reproduktif wanita) seperti keputihan, kegatalan dan sebagainya.

GLA Complex
Penting untuk isteri bagi menghasilkan 'cecair kesuburan'. Cairan ini membantu memberi ruang untuk sperma terus hidup di dalam tiub fallopio hingga lima hari. Selain itu, GLA berfungsi memberi keseimbangan hormon yang memberi kesan pusingan period yang tetap dan kurangkan kesakitan ketika datang bulan. Juga membantu mengecutkan cyst jika ada.

Untuk Suami :-

Vita E
Bagi meningkatkan kualiti sperma. Vita E sangat membantu. Menambah kiraan atau bilangan sperma. Juga tingkat kebolehan reproduktif bagi suami. Ia juga membantu melahirkan rasa 'bersemangat' untuk bersama pasangan masing-masing.

Zinc Complex
Ini khas untuk suami. Mempertingkatkan kualiti sperma. Juga menambah kepekatan dan kekuatan sperma. Bertindak meransang perbentukan hormon testosterone juga menambah jumlah bilangan sperma.

Kombinasi vitamin dan mineral Set Kesuburan Shaklee akan beri harapan kepada suami isteri untuk memiliki cahaya mata. Rupa bayi yang comel, tangisannya membuatkan rumah tangga yang dibina bertambah berseri. Jangan pernah berhenti berharap. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.