Thursday, January 30, 2014

SET BERPANTANG

Set Bersalin Shaklee mempunyai 3 set iaitu Set Bersalin AsasSet Bersalin Extradan Set Bersalin Premium.

Set Bersalin Asas
Set Bersalin Asas merangkumi :-
  • B-COMPLEX
  • VITAMIN C
  • VITA-LEA
  • ZINC

Set Bersalin Asas dapat membantu ibu berpantang untuk :
  • Menyembuhkan luka dalaman dan luaran dengan cepat
  • Membantu ibu dapat 100% nutrient yg diperlukan semasa berpantang
  • Memberi stamina dan tenaga utk ibu berjaga malam manjaga bayi
  • Meningkatkan imuniti ibu utk mengelakkan ibu mendapat jangkitan dari luka bersalin

Set Bersalin Extra(Penyusuan)
Set Bersalin Extra mempunyai penambahan 2 supplement daripada Set Bersalin Asas iaitu :
Ostematrix (Kalsium) dan ESP Shaklee (Protein)
=> Ostematrix mempunyai khasiat yang merupakan kompenan utama dlm susu ibu selain air dan protein ialah kalsium
=> Ostematrix juga membantu ibu mendapat rehat yang berkualiti
=> Mampu melegakan otot dan saraf ibu dan elakkan dari tekanan bersama B Complex dalam Set Bersalin Shaklee
=> Elakkan dari gigi rosak dan sakit tulang belakang
=> ESP Shaklee pula mempunyai protein yang diperlukan untuk menghasilakan hormon dalam badan
=> Protein adlh komponen utama susu ibu slps air
=> Kurangnya protein terutama semasa berpantang akan menyebabkan ibu berpantang sering hadapi masalah kurang susu
=> ESP Shaklee juga membantu penyembuhan luka secara menyeluruh.
Set Bersalin Premium
Set Bersalin Shaklee Premium pula juga ada penambahan 2 supplement utk ibu-ibu yang berpantang inginkan susu yang meriah dan untuk penjagaan badan juga. Set Bersalin Shaklee Premium ini juga adalah sangat berbaloi bagi ibu- ibu yg menitik beratkan penjagaan badan. Susu meriah,badan pun slim dan yang paling penting luka cepat sembuh betul tak?? hihihi...

2 supplement yang ditambah dalam Set Bersalin Shaklee Premium ini ialah :-
- Lecithin =  Memecahkan molekul asid lemak kpd rantaian yg halus dan mudah utk menurunkan berat badan. Selain itu ibu yg mengambil Lecithin semasa menyusu akan mengalirkan Choline yg sgt baik utk otak bayi semasa menyusu.
- Alfafa =  Kaya dgn serat, protein, amino asid, klorofil, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitobimia selain itu juga memerangkap lemak yg telah dicairkan oleh Lecithin dan akan membawa keluar dari badan.






7 sebab mengapa kita perlu mengambil pemakanan tambahan (Supplement)

1. Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tiggi berbanding apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya seperti Vita E dan Vita C yang diperolehi daripada pemakanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan penyakit dan anti-penuaan.

2. Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi vitamin dan bahan galian yang kurang berbanding dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tumbuh di tanah yang subur dan kaya dengan zat makanan. Di samping itu, racun perosak, racun serangga, racun tumbuh-tumbuhan dan bahan pencemar yang lain juga akan mempengaruhi kualiti buah-buahan dan sayur-sayuran.

3. Zat-zat makanan akan hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin-vitamin tertentu seperti Vita-C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak. Buah-buahan seperti epal mulai hilang kandungan Vita-C sebaik sahaja ia dipetik. Biasanya buah-buahan yang sampai kepada kita selepas berbulan-bulan ia dipetik.


4. Pengambilan minuman keras, merokok, ubat-ubatan, laksatif dan antibiotik megganggu penyerapan zat makanan. Pengamalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolestrol, gula dan garam mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.

5. Umumnya, rakyat Malaysia memakan mengikut rasa dan bukan atas asas pemakanan. Contohnya, kita makan nasi lemak sebagai sarapan pagi dan roti canai semasa minum petang. Kita sentiasa makan oleh kerana kita lapar ataupun kita bosan atau demi memenuhi ketagihan atau kepuasan terhadap sesetengah makanan. Jarang sekali kita makan disebabkan kita perlukan nutrien makanan tertentu. Kita nampak trend di sini adalah orang makan disebabkan oleh rasa bukan kerana nutrien.

6. Trend masa kini juga dengan kehidupan yang sibuk, jarang sekali kita masak dan makan dirumah. Masyarakat lebih gemar makan makanan segera yang rendah nilai nutrien tapi sebaliknya tinggi kandungan monosodium glutamate (MSG).

7. Bagi yang bekerja, makan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas mungkin, makapengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.

Shaklee dapat membantu anda berdasarkan kepakaran lebih daripada 50 tahun. Shaklee mempunyai pelbagai jenis produk pemakanan tambahan yang boleh anda pilih untuk memenuhi keperluan nutrien makanan anda.


TIPS DIET SEIMBANG

Jom sama-sama kita amalkan...semoga kita semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik..InsyaAllah...

Antara beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan.

1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.

Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.

2. Banyakkan juga memakan kekacang.

Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.

3. Banyakkan minum air.

Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.

4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.

Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:
  • Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
  • Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
  • Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan.
  • Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam).
  • Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).
  • Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng.

5. Kurangkan gula.

Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

6. Kurangkan garam

Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).

Tuesday, January 28, 2014

ATASI HB RENDAH SEMASA HAMIL

APA KEPENTINGAN HEMOGLOBIN SEMASA HAMIL?

Ia penting untuk perkembangan bayi mengikut jangkamasa kandungan.

1. Kandungan kurang dari 5 bln (<20 minggu)
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis i.e pembentukan organ2 seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak, dan anggota2 lain. Jika darah kurang pekat (<11g/dl), jika jantung tidak terbentuk dgn sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dpt dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat(eg. tiada kaki & tangan dgn sempurna). Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat di lahirkan tetapi kurang pandai.

2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan (20-28minggu)
Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.

3. Kandungan 7 bulan ke atas(28-40 minggu)
Sifat bayi telah sempurna dlm usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu cair/rendah (<9g/dl), jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.

Itu semua masalah untuk bayi...bagaimana pula kesannya pada ibu??

Jika Hb kurang, ibu akan cepat berasa letih, kadang2 akan mengalami sesak nafas, pening2 dan rasa nak pitam, jantung bergerak laju/rs berdebar2(palpitation)
Jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan ini boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru2, buah pinggang dan boleh membawa maut.

APAKAH CARA TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN DLM DARAH?

Tips 1 :
--> makan hati ayam setiap hari samada goreng atau masak mengikut kesukaan

Tips 2 :
--> makan makanan laut, kerang, ikan bilis- boleh juga tetapi tidak secepat makan hati ayam untuk naikkan Hb

Tips 3 :
--> Makan pil/vitamin tambah darah(yg doktor selalu bagi tu) mengikut ape yg ditetapkan..perlu makan hari2...kenapa? sbb Hb akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan..

Tips 4 :
--> Jgn makan pil tambah darah dengan air susu (eg. teh susu, kopi susu etc) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin tersebut...(nanti penat2 jer kt makan tp rupanya x diserap dgn baik, Hb pun xnaik)

PESANAN : 
MAKANLAH VITAMIN HARIAN DENGAN CARA YANG BETUL, InsyaAllah HB (kepekatan darah) ibu2 sekalian akan naik dgn cepat....


Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.
Disebabkan kepentingan zat besi dalam diet harian, multivitamin yang dilengkapi dengan zat besi telah diformulasikan oleh Shaklee iaitu Vitalea. Kebanyakan set kesihatan yang kami sediakan juga mengandungi vitalea kerana dapat meningkatkan kesihatan secara menyeluruh. Kesannya, badan lebih bertenaga..cergas dan tidak lagi mengalami keletihan atau kelesuan yang melampau.
Vita-Lea® Iron Formula ( Multivitamin & Multimineral )
• Multi yang Hebat
• Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
• Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan
• Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.

Penggunaan harian, Vita Lea boleh:
• Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*• Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*• Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*• Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*

Dari segi makanan tambahan, Shaklee mengesyorkan pengambilan Vitalea utk mengatasi Hb rendah...
Apa yang uniknya Vitalea shaklee???
•Tablet disaluti spirulina, sangat larut dalam air dan mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan maximum di usus kecil
•The best multivitamin dlm public interest thn 2000.
•Ujian klinikal menunjukkan pengambilan vitalea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sbnyk 65%
•Disokong oleh 7 kajian klinikal
•Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel2 baru
•Menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan potensi produk..



BERANI KERANA BENAR!!!!

Wahhh...baca title je dah rasa gerun kan...hahaha...padahal takde pape pun..meh layan citer nie..zassss...


Nak tahu kenapa saya berani ambil vitamin SHAKLEE & menjadi distributor SHAKLEE???

After my kakak cerita pengalaman dia makan vitamin Shaklee around 20 years ago!!! now umur dia around 40++..masa umur dia sekitar 20-an dulu,dia alami masalah jerawat yg sgt2 TERUK...bernanah,busuk (jerawat yang besor2 tu)..sampai kawan2 dia taknak dekat dengan dia, taknak keluar makan dgn dia..maybe sbb geli kot tgk muka dia penuh dgn jerawat besar2 n ade nanah2 tu..then, ada sorg kawan chinese dia syorkan produk Shaklee..kakak sy ambil garlic dan beta carotene masa tu..sekarang beta carotene dh tukar nama baru carotomax..harga around rm70 masa tu - still tak banyak berubah mcm sekarang harganya..after dia try produk tu lebih kurang dlm 2 bulan,ALHAMDULILLAH jerawat terus kecut dan semakin kurang..semakin hari semakin kurang sampai langsung tiada lagi jerawat yg bernanah2 tu..sampai la sekarang jerawat tu tak tumbuh-tumbuh da..gumbira rasa hatinya..hehe..mula2 nk try produk Shaklee nie,sy ade citer dengan kakak n dia cakap produk SHAKLEE sgt2 bagus..dia suggest sy ambil produk nie..after dengar cerita dia baru sy percaya yg SHAKLEE nie memang dh lama wujud..dan ALHAMDULILLAH my sis sihat tanpa sebarang penyakit sampai sekarang..that means SHAKLEE nie selamat...always green gitu..hihihi..so,jgn ragu2 untuk mencuba k..hihihi...


SID 1083252
0173975182

PENTINGNYA MENGAMBIL VITAMIN SEMASA HAMIL

Adalah penting bagi ibu untuk mendapat pemakan yang seimbang semasa mengandung. Ini termasuklah dengan memakan buah-buahan, sayuran, bijiran wholegrain, kekacang . Kurangkan memakan makanan yang terlalu masin dan manis, makanan berlemak,dan makanan segera.

Walaubagaimanapun, apabila ibu mengalami masalah alahan, muntah-muntah semasa mengandung, adalah sukar untuk mendapat khasiat dari pemakanan sahaja, jadi mengambil vitamin tambahan adalah disarankan.


Secara keseluruhannya,multi vitamin yang baik untuk wanita hamil haruslah mengandungi cukup asid folik, zat besi dan calcium. Asid folik atau vitamin B terdapat dengan banyak dalam makanan seperti kekacang, sayuran hijau, dan makanan bijirin. Asid folik amat penting kepada tumbesaran saraf bayi semasa 3 bulan pertama kerana kekurangan vitamin ini ada dikaitkan dengan kecacatan saraf bayi (neural tube defect). Dengan memakan asid folik diperingkat awal hamil, boleh mengurangkan risiko ini.

Zat besi juga merupakan galian yang penting kerana semasa mengandung, badan kita akan membuat lebih sel-sel darah untuk mempastikan oksigen yang cukup untuk bayi, tetapi zat besi juga penting untuk pembinaan sel darah merah bayi kita. Penyakit anemia (kurang darah) senang terjadi dikalangan mereka yang kerap mengandung dan ia disebabkan oleh kekurangan zat besi kebanyakkannya. Pastikan anda mengetahui tahap hemoglobin anda sebaik sahaja anda hamil.

Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutama semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan saraf tungjang (spina bifida)


Kajian telah menunjukkan bahawa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid foilk semasa hamil. Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus selepas ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak. 

Risiko-risiko yang boleh menjurus kepada spina bifida
  • Keluarga yang pernah mengalami NTD
  • Pernah hamil anak yang mengalami NTD
  • Mengambil ubat sawan
  • Kencing manis
Semua wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil asid folik sekurang-kurangnya 0.4 miligram dan 0.8 miligram sesudah hamil untuk mengurangkan risiko tersebut.






SET FIBROID/CYST

Apa itu fibroid???
Fibroid adalah ketumbuhan biasa atau benign (bukan kanser) yang terdapat di dalam uterus/rahim wanita yang berusia sekitar 30 hingga 40-an.

Ia merupakan salah satu ketumbuhan yang biasa terjadi kepada wanita semasatahun-tahun kesuburan mereka.

Biarpun begitu ia boleh tumbuh di lain-lain organ yang mengandungi sel-sel otot licin. Fibroid adalah tumor pejal yang terjadi daripada tisu-tisu fiber di mana dari situlah ia mendapat namanya.

Lazimnya, fibroid tercetus sebagai ketumbuhan dan membesar secara perlahan-lahan, selalunya tanpa simptom.

Malah kedudukan fibroid yang boleh menyebabkan kemandulan ini, telah mencetuskan kontroversi.

Kenapa? Ketumbuhan ini merupakan penyebab utama bagi pembedahan histerektomi iaitu pembedahan mengeluarkan fibroid dan rahim.


APAKAH PUNCA FIBROID 

Punca fibroid belum ditentukan, tetapi ada kaitan dengan pengeluaran estrogen dalam badan wanita. Tumor ini hanya seolah-olah terhasil semasa tahun-tahun reproduktif, dan yang sedia ada fibroid mungkin mula mengecut selepas putus haid. Ia boleh jadi tumbuh dengan cepat semasa mengandung apabila pengeluaran estrogen dan aliran darah kepada kenaikan rahim, tetapi biasanya tidak menyebabkan komplikasi.

Gejala-gejala

Kebanyakan wanita yang mempunyai ketumbuhan fibroid tidak mempunyai gejala sama sekali. Antara gejala yang biasa dialami termasuk kesakitan, pendarahan yang berlebihan semasa kitaran haid, sembelit atau perut kembung, dan perubahan dari segi kekerapan kencing.

CADANGAN VITAMIN UNTUK FIBROID/CYST


 Carotamax 
Vitamin A terkenal sebagai antioksidan hebat yang mampu berperang melawan kanser yang disebabkan oleh radikal bebas di dalam tubuh.Vitamin ini tersedia pada sumber makanan dalam bentuk retinol dan pada sumber makanan nabati dalam bentuk beta-karoten. Sebagai antioksidan, beta-karoten lebih memainkan peranan. Ia merupakan agen yang sangat efektif dalam menstimulasi sistem kekebalan untuk melindungi tubuh.

Carotamax adalah vitamin A shaklee dalam bentuk Beta-Carotena dan hanya akan ditukar menjadi vitamin A bila diperlukan sahaja. Ia terdiri daripada ENAM jenis karotenoid penting yang dipilih daripada gabungan tumbuhan fitokimia dan kita sebagai manusia tidak akan mendapat perlindungan gabungan ini daripada sumber makanan sahaja. 

 Vitamin C

Vitamin C Shaklee ialah bersifat Sustained Release 500mg yang mana pelepasan perlahan-lahan iaitu 100mg setiap jam. Ia juga mengandungi Bio-flavonoid C complex yang membantu meningkatkan penyerapan Vitamin C dan menghalang daripada dirosakkan oleh pengoksidaan dalam badan. Fungsi vitamin C adalah sebagai bahan antioksidan untuk melawan radikal bebas didalam badan kita.

Vitamin C juga meningkatkan daya ketahanan dalam tubuh kita serta mempercepatkan proses pemyembuhan sekali gus meningkatkan jaringan kult menjadikan kult awet muda. Vitamin C dgn fungsi antioksidannya berperanan meremajakan kulit, mencegah penuaan akibat serangan radikal bebas serta menghalang sinaran matahari yang boleh menimbulkan gangguan kulit. Proses terakhirnya menjadikan kulit lebih sihat,cantik,bersih,bersinar dan cerah. 

 Vitamin E

Vitamin E adalah antioksidan larut lemak dan merupakan salah satu pertahanan tubuh terhadap radikal bebas. Peranan utamanya adalah menghentikan reaksi rantai radikal bebas yang memproduksi lebih banyak radikal bebas. Vitamin E melindungi sel-sel dan membran dari kerosakkan. Vitamin E mengurangi risiko penyakit jantung dengan melindungi LDL dan mengurangi inflamasi.

Vitamin E Complex Shaklee mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.

 GLA

Selain daripada Vitamin ACE ni, dicadangkan juga ambil GLA Complex sebagai pilihan utama. GLA Complex ini untuk menstabilkan hormon di dalam badan. Tumbuhan cyst dan fibroid dirangsang oleh hormon estrogen. Kandungan hormon estrogen yang berlebihan menggalakkan pertumbuhan. Biasanya ada perimbangan antara 2 jenis hormon dalam tubuh wanita. Estrogen sentiasa dikeluarkan oleh kilang ovary, manakala progesteron dikeluarkan jika berlaku ovulation atau penetasan telur yg berlaku pada hari 13-14-15-16 dalam pusingan haid. 

Jika tiada ovulation, maka kandungan progesterone tidak meningkat dan ini menggalakkan tindakan estrogen tanpa kaunter tindakan progesterone. Kesannya banyak yang tak baik , berbagai jenis tumbuhan dirahim dan dalam payaudara akan berlaku, dan diantaranya fibroid dan kanser dan vitamin Shaklee ini dicadangakan dalam membantu menstabilkan hormon dalam badan anda sekali gus mencegah cyst, fibroid & kanser.



Tuesday, January 7, 2014

Sembelit Selepas Makan Vitamin????

Adakah anda :

  • Letih melampau selepas makan vitamin
  • Kerap rasa mengantuk
  • Pening
  • Loya
  • Sembelit
  • Kulit mengelupas
  • Naik jerawat

Tahniah! Vitamin yang anda ambil sedang bertindakbalas dengan tubuh anda. Teruskan pengambilan vitamin dan tingkatkan pengambilan air kosong untuk membantu vitamin menjalankan aktiviti replace toksin dengan nutrien dalam badan anda.

Kita namakan ini sebagai Krisis Pemulihan atau Healing Crisis.
The healing crisis is a process in which the body undergoes an intense period of cleansing and rebuilding. It is called a “healing” crisis because the body is healing itself and becoming stronger. It is referred to as a “crisis” because the symptoms can be dramatic and rather unpleasantduring this time. Because the healing crisis is accompanied by unpleasant symptoms it is often mistaken as a sickness. In reality, it is just the opposite. It is a process in which the body is overcoming ill health and becoming healthier and stronger.

 Apakah yang menyebabkan krisis pemulihan?
  1. Krisis pemulihan adalah petanda yang baik kerana ia menunjukkan tubuh badan anda bertindak ke atas vitamin yang anda ambil.
  2. Krisis pemulihan adalah tanda sel badan dan organ dalaman anda sedang dirawat.
  3. Ia adalah proses di mana badan kita menyahtoksin atau mengeluarkan toksin dan benda2 yang berbahaya dari dalam tubuh.(Jika perlu customer disarankan mengambil herb-Lax untuk penyingkiran toksik)
  4. Badan sedang menjalani proses pembiasaan dengan vitamin tersebut.
Biasanya yang mengalami krisis pemulihan adalah mereka yang tidak pernah mengambil sebarang vitamin sebelumnya, terdedah kepada pencemaran, kurang rehat, badan terlalu penat/lemah, stress dan mempunyai penyakit.

Usah dirisaukan sekiranya anda mengalami krisis pemulihan kerana ia adalah sementara dan satu petanda yang amat bagus. Cara untuk mengatasinya ialah dengan menambah kuantiti air yang diambil...
Vitamin tidak sesuai?

Ya, ada beberapa golongan yang tidak sesuai untuk mengambil sesetengah vitamin.
  • Mereka yang menghidap diabetes TIDAK SESUAI mengambil soy protein..
  • Mereka yang menghidap SLE (lupus)dan masalah buah pinggang. tidak sesuai mengambil alfalfa.
Sekiranya anda mengalami keadaan di mana rashes, atau sembab, atau gatal2 selepas mengambil alfalfa, saya sarankan anda terus berjumpa doktor dan minta dibuat ujian darah untuk SLE.
Kesimpulannya, jangan berhenti! Sila hubungi pengedar anda untuk konsultasi lanjut dan cara menghadapi healing crisis ini. All the best!