Thursday, April 10, 2014

PROMO APRIL 2014 ~ OSTEMATRIX ~ BUY 6 FREE 1

Dengan Kalsium Ostematrix dari Shaklee, anda bukan sahaja mendapat kelebihan dari Kalsium, tetapi lebih dari itu. Kalsium Shaklee Ostematrix adalah Kalsium Terbaik di Malaysia.

KENAPA OSTEMATRIX PIL KALSIUM TERBAIK?

Ini kerana Ostematrix Shaklee formulanya unik. Mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, magnesium dan boron. Semua nutrien di atas sangat perlu dalam suatu tablet kalsium bagi memastikan penyerapannya 99% dalam badan kita, dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kebanyakkan kalsium di pasaran tidak menepati kandungan di atas, sebab itulah kenapa, bila anda mengambil osteomatrix shaklee, anda akan dapat merasa kesan yang sangat cepat dan menakjubkan.

Antara faedah-faedah yang boleh didapati daripada pengambilan Pil Kalsium Ostematrix Shaklee adalah :

1) Membina tulang dan gigi yang kuat.
2) Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal.
3) Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf.

4) Membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut (PMS) seperti perut kembung (Bloating), kekejangan (Cramps), retensi air(water retention), mudah meradang(irritability) dan kemurungan(moodiness).
5) Membantu proses penyimpanan dan pelepasan  sesetengah hormon.
6) Membantu perkembangan tubuh badan normal.
7) Merendahkan kandungan fosfat bagi mereka yang mengidap penyakit buah pinggan kronik

Shaklee Ostematrix Membekalkan :

1) 1000mg (100% Pengambilan Harian) unsur Kalsium  daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi.
2) 400mg (100% Pengambilan Harian) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
3) 400IU (100% Pengambilan Harian ) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.


SIAPA YANG PERLUKAN OSTEMATRIX?
  • Individu yang mengalami sakit pinggang, sakit lutut dan sendi.
  • Individu yang sering mengalami kebas kaki / tangan terutamanya pada waktu malam.
  • Ibu-ibu mengandung, terutamanya yang sering mengalami kebas kaki.
  • Ibu-ibu menyusu yang sememangnya memerlukan jumlah kalsium yang tinggi. 
  • Individu yang sering keletihan dan kerap outstation, dimana kalsium membantu mengurangkan keletihan. 



fb : vitamin kesihatan
Atun 0173975182

Thursday, March 6, 2014

SET KESUBURAN BAJET

BAGAIMANA SET KESUBURAN SHAKLEE MEMBANTU UNTUK HAMIL?

GLA Complex 

Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai “Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

Zinc Complex 

Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.


Tuesday, March 4, 2014

PROMOTION MAC 2014 ~ESP~

Ada apa yang istimewa dengan ESP Shaklee sehinggakan semua para pelanggan sangat mendambakannya?
Jika anda adalah salah seseorang yang amat mementingkan KECANTIKAN, KESIHATAN dan ingin KEKAL BERTENAGA sepanjang hari, ESP Shaklee adalah jawapan yang anda cari-cari selama ini.
Ini kerana ESP SHAKLEE ADALAH HOT SELLING / BEST SELLER/ POPULAR PRODUCT/ HIGH ON DEMAND dalam banyak-banyak produk Shaklee!
Mengapa? Kenapa? Bagaimana? Semuanya akan terjawab apabila anda membaca artikel ini sepenuhnya. Bacalah dengan teliti dan tekun, rangkuman 10 Soalan Popular mengenai faedah dan kebaikan Energizing Soy Protein  atau ESP Shaklee ini untuk anda.

1. Apa itu Energizing Soy Protein atau  ESP?

Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu yang tinggi.

2. Mana yang lebih bagus untuk susu ibu antara ESP dengan Alfalfa? 

Protein membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Alfalfa juga mengandungi protein TETAPI dalam kuantiti yang sedikit berbanding ESP. Sebenarnya, kedua-duanya bagus untuk ibu dan kesannya adalah berbeza kepada setiap individu. Sekiranya anda ada bajet tertentu,  harga Alfalfa lebih murah berbanding ESP. Paling penting, bagi menjamin keberkesanan dan susu bertambah, kekerapan penyusuan haruslah dalam tempoh setiap 3-4 jam dan tujuannya supaya payudara dapat dikosongkan.

3. Berapa lama boleh tahan/digunakan untuk satu canister ESP?
 
Dengan kadar pengambilan sebanyak 3 sudu sehari, satu canister ESP boleh bertahan sehingga satu bulan setengah.

4. Siapa yang tidak boleh mengambil ESP? Siapa yang boleh mengambil ESP?

Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein sahaja yang tidak digalakkan.
Sesuai untuk semua lapisan:-

1. Ibu-ibu yang sibuk : ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.
2. Wanita yang ingin menguruskan badan : Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!
3. Ibu-ibu yang menyusu anak : Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu yang konsisten.
4. Pesakit kencing manis : Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.
5. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka : Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu dan berseri untuk tatapan si dia yang tersayang. WOW…!!!
DAN lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yang berdiet, ingin tambah tenaga. Pendek kata, anda, saya, kamu dan dia yang sihat dan ingin kekal sihat. InsyaAllah.

5. Apakah kebaikan dan kelebihan lain ESP ini?
  • Membantu pembentukan sel-sel baru.
  • Terbaik untuk individu yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan.
  • Terbaik untuk kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut.
  • Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak. Justeru, anda boleh kongsi dengan anak yang berusia  1 tahun ke atas & keluarga.
  • Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan.
Jom dapatkannya sekarang sempena promo ESP BUY 6 FREE 1..harga confirm terbaikk dari sy...


Friday, February 28, 2014

GLA COMPLEX

MANFAAT UTAMA GLA COMPLEX SHAKLEE

1) Memelihara kesihatan – borage merupakan herba tradisi kegemaran orang Barat.

Fungsi borage :
- merawat ulser
- mengeluarkan virus
- melegakan kelesuan
- membersihkan kahak
- meringankan kebas urat saraf
- meningkatkan stamina

2) Mengawal hormin estrogen dan testosteron.

GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal hormon lelaki dan wanita yang mana prostaglandin ini melegakan simptom PMS (simptom pra-haid) seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan rasa sakit pada payudara.

3) Meningkatkan kesuburan pada wanita

GLA mampu mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utama bagi meningkatkan kesuburan.

GLA juga mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan.

Selain itu, GLA complex membantu tubuh menghasilkan sejenis mukus yang dipanggil ‘cecair kesuburan’ di dalam rahim. ‘Cecair kesuburan’ ini memberi ‘ruang’ untuk telur dan sperma untuk terus hidup hingga 5 hari.

GLA juga memperbetulkan dan memperbaiki keadaan haid yang tidak teratur jika diambil secara konsisten setiap hari.

4) Melambatkan menopause (putus haid)

Memperbaiki keadaan menopaus seperti berpeluh-peluh , insomnia, dada berdebar-debar, ketidakhadaman, depresi dan rasa cepat marah. Pengambilan GLA jangka panjang juga mampu melambatkan proses penuaan, mengetatkan uterus dan menjadikan kulit kelihatan kulit lebih muda.

5) Mencantikkan kulit

Memperbaiki inflamasi kulit seperti ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, bintik penuaan, fungus dan kurap. Ia juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma dan artritis.

6) Mencantikkan rambut

Memperbaiki tekstur rambut, rambut kering dan masalah rambut gugur.

7) Pelangsingan

Merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan, memberi tona pada kulit dan otot wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik.

8) Menentang kanser

GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imunisasi tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.

9) Menghalang komplikasi diabetes

Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh paras gula dalam darah yang tinggi.

8) Menghalang tekanan darah tinggi

Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, mengembangkan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti Arteriosklerosis (pengerasan arteri - dinding arteri menjadi keras dan kurang lentur kerana bahan lemak terkumpul dibawah lapisan sebelah dalam dari dinding arteri) dan myocardial infarction (blood clot - salur darah tersumbat lantas menghalang pengaliran darah pada otot jantung).

9) Memperbaiki masalah prostat dan kerap kencing pada golongan lelaki.

10) Hiperaktif dan austisma (ADD/ADHD)

Terbukti secara klinikal bahawa minyak ikan GLA memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.




Tuesday, February 25, 2014

SET PENJAGAAN RAMBUT

Rawat masalah keguguran rambut dan kelemumur dengan Shaklee..InsyaAllah ia membantu.. :)

MASALAH RAMBUT GUGUR
  1. Revitalizing Shampoo
  2. Lightweight Conditioner
  3. Nourishing Scalp Treatment
*Set ini boleh digunakan secara harian.
*Untuk kesan yang lebih Optimum elok ditambah dengan pengambilan Zinc Complex yang boleh menghalang rambut gugur & ESP yang menggalakkan pertumbuhan rambut.

MASALAH KELEMUMUR

  1. Purifying Shampoo
  2. Replenishing Conditioner
  3. Nourishing Scalp Treatment
*Set ini untuk kegunaan 1-2 kali seminggu, bukan harian.

Revitalizing Shampoo

  1. Melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  2. Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
  3. Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya
Purifying Shampoo
  1. Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
  2. Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
  3. Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur
Replenishing Conditioner
  1. Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
  2. Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
  3. Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi
Lightweight Conditioner
  1. Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
  2. Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat
  3. Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus
Nourishing Scalp Treatment
  1. Menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
  2. Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
  3. Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
  4. Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya.
  5. Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak.
  6. ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.


Wednesday, February 12, 2014

SET BAJET SHAKLEE TERLARIS

Anda menghadapi kekangan bajet dalam membeli vitamin Shaklee? Jangan risau..saya menyediakan set bajet sesuai untuk mereka yang menghadapi kekangan bajet. Dengan bajet below rm1xx pun anda boleh dapat vitamin Shaklee...jom kita tengok apa yang ada dalam set bajet Shaklee ini..


Monday, February 10, 2014

CADANGAN JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN SHAKLEE

Secara Am nya, tiada peraturan tertentu untuk menetapkan waktu atau jadual pengambilan vitamin shaklee sebagai supplement tambahan.

Cadangan jadual pengambilan vitamin Shaklee :

VITAMIN LARUT AIR (B dan C) :
Seeloknya diambil bersama segelas air

VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) :
Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.

Ostematrix (Kalsium) :
Seeloknya diambil sebelum tidur bersama segelas susu

*APA YANG TAK DIGALAKKAN :
Elakkan pengambilan Alfafa bersama Vitamin E kerana akan mengganggu penyerapan vitamin E

Berikut adalah jadual pemakanan Vitamin Shaklee yang asas:

Selepas breakfast : 
B Complex, Vita C, Vitalea

Morning tea break: 
Minum segelas ESP (Kalau tiada ESP..boleh gantikan dengan Cinch Shake/ MealShake)

Selepas Lunch : 
Alfalfa ( 3-6 biji) * yg ni ikut badan masing..sebab ada yang mkn 2 pg,2 ptg,2mlm..ada plak yg 3 pagi..3 ptg...

Afternoon teabreak : 
Minum segelas ESP

Selepas Dinner : 
Yang jenis berkapsul~Lecitin/Omega/Vitamin E (Jika Ada)

Sebelum tidur :
Ostematrix

* Jadual ni flexible yer.. bergantung kat individu masing-masing. ..cuma nasihat saya..... jangan makan semua sekaligus...dan pastikan pengambilan air putih adalah sebanyak 3liter sehari..