Monday, December 23, 2013

MIGRAIN

⇨ Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:

♥ Sakit kepala kerana tekanan
♥ Sakit kepala kerana sinus
♥ Sakit kepala kerana migrain

⇨ Sakit kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.

⇨ Sakit kepala sinus ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.

⇨Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:

♥ Kekurangan zat dan nutrisi
♥ Faktor keturunan
♥ Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
♥ Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
♥ Terlalu banyak mengambil kafein
♥ Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat

⇨ Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung.

⇨ Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.

⇨ Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.

⇨ Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.

Supplement/vitamin untuk migrain:

♥ Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium.  Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

♥ B Complex
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

⇨ Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan timbagkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.









Friday, December 20, 2013

MEALSHAKE TERBAIK UNTUK ANAK2

Runsing anak selalu demam? 

Anak sering deman dan sukar makan antara masalah biasa bagi anak yang sedang membesar. Bagi ibu yang bekerja, anak deman setiap bulan bukan sesuatu yang pelik. Mana taknya, hari ini anak sihat, bila hantar ke rumah pengasuh atau taska, esok lusa kembali deman semula berjangkit dari kengkawan yang deman di taska.

Penyelesaiannya, berilah anak anda Mealshake...

Mealshake ini merupakan supplement yang terbaik untuk anak. Ini kerana ia mengandungi protein dan multivitamin yang diperlukan oleh badan anak untuk membesar dengan kuat dan sihat.

Antara Khasiat Mealshake ialah:

♥ Meningkatkan sistem imun anak, jadi anak jarang deman dan lebih sihat serta sukar dijangkiti penyakit

♥ Meningkatkan selera makan anak

♥ Membantu mengurangkan masalah eczema

♥ Membantu mengurangkan parut pada kulit anak

♥ Membantu mengurangkan sembelit anak

♥ Membantu mencantikan struktur kulit yang bermasalah


SID 1083252
0173975182

Thursday, December 19, 2013

SIJIL HALAL

Assalamualaikum...nie SIJIL HALAL produk Shaklee...InsyaAllah ianya selamat...


Tuesday, December 17, 2013

SET GASTRIK

Anda sering alami masalah gastrik???? jom atasinya dengan set gastrik dari shaklee..

Gejala Gastrik
♥ Sakit pada bahagian atas abdomen. Ia boleh reda atau semakin sakit apabila makan.
♥ Perut menjadi sensitif terhadap makanan berasid (masam), pedas dan minuman beralkohol.
♥ Mual
♥ Muntah.
♥ Hilang selera dan terasa sebu.
♥ Perut bahagian atas terasa ‘penuh’ dan senak selepas makan sedikit.
♥ Hilang berat badan.
♥ Pedih ulu hati.

Vitamin yang dicadangkan :-

Ostematrix
♥ Vitamin yang mengandungi kalsium dengan magnesium dan vitamin D
♥ Membantu meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati.
♥ Kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Sesiapa yang memang gemar minum susu adalah jarang untuk mendapat gastrik.

B Complex
♥ Bertindak sebagai penenang kepada pesakit gastrik selain membantu mengatasi sakit gastrik anda.
♥ Melengkapkan keperluan harian tubuh anda yang sangat diperlukan oleh tubuh dan sistem saraf kita.
♥ Berlainan sifat dengan pain killer yang hanya bersifat menghilangkan kesakitan yang sementara. Jadi tak perlulah makan pain killer lagi.

Energizing Soy Protein (ESP)
♥ Sumber protein unggul daripada kacang soya dalam ESP merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut.
♥ Nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pecernaan makanan.

SID 1083252
0173975182

Monday, December 16, 2013

KHASIAT ZINC COMPLEX

♥ Zinc merupakan nutrisi yang juga diperlukan dalam meningkatkan kesihatan kita. Zinc mempunyai banyak khasiat yang membantu kita dalam masalah kesihatan. Khasiat zinc diperlukan untuk memastikan tubuh kita membesar dan dikawal dengan baik. Zinc terdapat dalam sel-sel di seluruh badan kita. Ia membantu sistem imunisasi badan kita untuk melawan serta menyerang bakteria. Zinc juga membantu menghasilkan protein dan DNA dalam badan. Makanan seperti daging, makanan laut, produk tenusu, kekacang, bijirin mempunyai kandungan zinc yang tinggi.

♥ Zinc Complex dari Shaklee juga mempunyai banyak khasiat / manfaat kepada tubuh kita. Ia dirumus khas daripada zinc glukonat semulajadi. Ianya digabungkan dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh kita. 

SID 1083252
017-3975182



VITA-E COMPLEX

⇨ Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan. Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.

⇨ Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan  perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

SUMBER
Vitamin E boleh didapati daripada sumber makanan berikut: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Vitamin E juga boleh didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung,  telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum.

KEKURANGAN
♥ Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan :
♥ Mudah radang dan odema ( pengumpulan air dalam tisu), pada bayi.
♥ Penuaan kulit sebelum masa.
♥ Rambut gugur
♥ Anemia

Antara Kebaikan  Grape Seed Extract Yang Terdapat Dalam Vitamin E Shaklee

1) Mengandungi anti oksidan: membaiki peredaran darah dalam badan, menjadikan wajah berseri dan tak kusam, secara tak langsung, kulit bersih dari jerawat dan jeragat. 


2) Melambatkan proses penuaan. Jadi sesiapa yang amalkannya akan awet muda la lepas makan Vitamin E ni secara berterusan. Kulit pun jadi flawless, berseri-seri, and shining. 


3) Mencegah pertumbuhan abnormal sel seperti kanser and cysts : bertindak dengan cara melancarkan saraf.


4) Banyak benefit untuk wanita lepas bersalin yang menyusukan bayi : mengurangkan bengkak susu jika diambil secara berterusan, puting yang luka akibat menyusu jugak akan recover dengan cepat. Dapat jugak mengurangkan stretch mark di perut.


5) Mengurangkan kesakitan bila PMS datang. Jadi baguslah untuk siapa2 yang mengalami PMS yang teruk.


6) Mengurangkan parut luka di kulit 


7) Bagus untuk jantung sebab Vitamin E ni mengembangkan pembuluh darah dan menghalang pembentukan darah beku dari berlaku.


8) Boleh meningkatkan pengeluaran air mani bagi lelaki


9) Dikenali jugak sebagai Vitamin Cinta sebab membantu masalah kedinginan antara suami isteri. 


10) Membantu masalah pigmentation kulit. dapat mencerahkan kawasan areolar yang bertambah hitam jugak (bagi wanita lepas bersalin)


11) Membantu dalam mendapatkan rambut yang cantik, sihat dan lebat. 



SET KESUBURAN SUAMI ISTERI

Assalamualaikum w.b.t...today tun nak citer berkenaan set kesuburan..ianya sesuai bagi pasangan yang telah berkahwin tapi masih belum punya rezeki untuk menimang cahaya mata..tun nak suggestkan uolls try set kesuburan nie..InsyaAllah ia akan membantu anda..tak salah kita mencuba kan..yang penting usaha dan tawakal..jom kita view kelebihan produk2 untuk set kesuburan nie..zaassss...

Untuk Isteri :-

Alfalfa
Ini paling penting untuk isteri/wanita. Bertindak seperti kacip fatimah. Juga merawat masalah-masalah 'Miss V' (organ reproduktif wanita) seperti keputihan, kegatalan dan sebagainya.

GLA Complex
Penting untuk isteri bagi menghasilkan 'cecair kesuburan'. Cairan ini membantu memberi ruang untuk sperma terus hidup di dalam tiub fallopio hingga lima hari. Selain itu, GLA berfungsi memberi keseimbangan hormon yang memberi kesan pusingan period yang tetap dan kurangkan kesakitan ketika datang bulan. Juga membantu mengecutkan cyst jika ada.

Untuk Suami :-

Vita E
Bagi meningkatkan kualiti sperma. Vita E sangat membantu. Menambah kiraan atau bilangan sperma. Juga tingkat kebolehan reproduktif bagi suami. Ia juga membantu melahirkan rasa 'bersemangat' untuk bersama pasangan masing-masing.

Zinc Complex
Ini khas untuk suami. Mempertingkatkan kualiti sperma. Juga menambah kepekatan dan kekuatan sperma. Bertindak meransang perbentukan hormon testosterone juga menambah jumlah bilangan sperma.

Kombinasi vitamin dan mineral Set Kesuburan Shaklee akan beri harapan kepada suami isteri untuk memiliki cahaya mata. Rupa bayi yang comel, tangisannya membuatkan rumah tangga yang dibina bertambah berseri. Jangan pernah berhenti berharap. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.